Thursday, March 18, 2010

Sukan Ria 2010


18 Mac 2010 (Khamis): Sukan Ria diadakan pada hari terakhir sekolah sebelum cuti penggal pertama bermula. Semua warga sekolah bergembira dan aktif melibatkan diri dalam acara-acara yang telah disediakan. Bermula dengan senam robik, guru-guru dan murid-murid kemudiannya berjalan menuju ke Pantai Seri Kenangan. Alhamdulillah cuaca cukup mengizinkan untuk strolling di tepi pantai. Setelah kembali ke dewan sekolah, pertandingan bagi rumah-rumah (Hijau, Kuning dan Merah) diadakan. Murid-murid dan guru-guru juga terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan. Pemenang pertama dimenangi oleh Rumah Kuning, diikuti oleh Rumah Merah dan Rumah Hijau. Bagi memeriahkan lagi Sukan Ria tahun ini, acara cabutan bertuah diadakan. Setelah berakhirnya acara, murid-murid dan guru-guru berkempen membersihkan kelas dan kawasan sekolah.

Wednesday, March 17, 2010

Majlis Dikir Maulidul Rasul & Hari Kebangsaan

Pertandingan Melukis


16 Mac 2010 (Selasa): Sempena memperingati Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, pertandingan melukis telah diadakan di dalam dewan sekolah yang dilaksanakan oleh Cikgu Dk. Siti Khadijah. Murid rendah bawah di arahkan untuk melukis dan mewarnakan bendera Negara Brunei Darussalam, manakala murid rendah atas diarahkan untuk melukis dan mewarnakan sebuah masjid. Selain daripada memperingati Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran melukis murid dan memberi murid peluang untuk berbincang dan berkongsi pendapat sesama sendiri, sekaligus merapatkan lagi hubungan murid sesama murid.


Murid-murid Tahun 1 sedang asyik mewarna


Murid-murid Tahun 3


Murid-murid Tahun 4


Murid-murid Tahun 5 berbincang bagaimana hendak melukis sebuah masjid

ICT Mathematics Project Presentation 2010


1st March 2010 (Monday):
3 students from Year 4 were participating in the ICT Mathematics Powerpoint Presentation which was held at SR Lamunin. They are Dk. Nur Ameerah Haziyah Binti Pg. Jumat, Mas Azira Binti Hj. Mohd. Azalani Aizam and Norsahkirah Binti Sikin. They were presenting the topic 'Rounding Numbers'. Tough luck, our students didn't get selected to join the final competition. Nevertheless, they did try their best. Good work girls.

(Photos incoming)

(Powerpoint Slideshow incoming)

Friday, March 12, 2010

Pertanding Koir Lagu-Lagu Patriotik Kali Ke-2


24 Februari 2010 (Rabu):
Murid-murid SRPMM telah turut serta dalam Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Kali Ke-2 dengan membawa lagu 'Tanah Airku' yang diconduct oleh Cikgu Dk. Siti Khadijah dan di bawah pengawasan Cikgu Hjh. Norsuryiani, Cikgu Azeahtul Afizah dan Cikgu Zairina. Walaupun tidak terpilih untuk masuk ke peringkat akhir, there are still plenty of opportunities ahead.
So best of luck to our students in the future! Never give up!

(Photos incoming)

Saturday, March 6, 2010

Kempen Membersihkan Bilik Stor


21 Januari 2010 (Khamis): Guru besar, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid semua ikut serta dalam membantu melapangkan dan membersihkan stor sekolah yang telah usang dan rosak dimakan anai.


Murid-murid ikut bergotong-royong


Antara guru-guru yang sedang berkempen di dalam bilik stor