Monday, June 7, 2010

Melawat Penyu Di Serasa

15 May 2010 (Sabtu): Guru-guru dan murid-murid SRPMM telah mengunjungi ke Pusat Pemuliharan Penyu di Serasa, Muara. Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk memberi kesedaran dan meningkatkan lagi keprihatinan murid-murid akan pentingnya menjaga keselamatan penyu daripada pupus. Setiba di sana, guru-guru dan murid-murid telah diberi penerangan ringkas daripada Hjh. Alina Binti Hj. Jair. Selepas taklimat, rombongan sekolah diberi kesempatan untuk melihat dan memegang penyu.