Friday, April 30, 2010

Latihan Fire Drill

1 May 2010 (Sabtu): 11.10 a.m. loceng kecemasan berbunyi, semua warga sekolah bergerak menuju ke padang sekolah. Ini merupakan latihan 'fire drill' untuk melatih guru-guru, murid-murid dan kakitangan-kakitangan sekolah bagaimana menghadapi jika terjadinya kecemasan di sekolah, seperti kebakaran.


Asap bermula dari bilik sumber

Asap mula masuk ke bilik guru
Selepas berkumpul di padang, semua warga sekolah berkumpul di dewan

Guru Besar menerangkan apa yang murid-murid patut lakukan jika terjadi kecemasan seperti ini lagi

Saturday, April 24, 2010

Penghapusan Nyamuk Bagi Mencegah Denggi


Nyamuk Aedes

24 April 2010 (Sabtu): Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina (petikan: Wikipedia). Disebabkan terdapat banyak nyamuk di kawasan sekolah, penyemburan racun nyamuk telah dilakukan demi mengelakkan penyakit Denggi yang sedang berleluasa. Guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah dan murid-murid semua berkumpul di dewan untuk mengelakkan daripada tersedut bau racun.

Tanda dan Gejala Denggi (petikan Wikipedia):
  1. Demam mengejut
  2. Sakit kepala teruk
  3. Sakit di belakang bebola mata
  4. Sakit sendi dan otot
  5. Sakit pinggang yang teruk
  6. Gatal-gatal
  7. Bintik-bintik merah terang pada kulit bahagian bawah
  8. Sakit perut
  9. Mual
  10. Muntah atau cirit birit
Langkah Pencegahan:
  1. Bersenam pada waktu pagi
  2. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  3. Buang air yang bertakung
  4. Jaga kebersihan
  5. Gunakan mosquitoes repellent spray/lotion





Monday, April 19, 2010

Gol Gol Gol! ٩(• ̮̮ -̃)۶





13 April 2010 (Selasa): Tahniah kepada pasukan bola SRPMM kerana telah berjaya menjaringkan 1 gol dalam Perlawanan Kejohanan Bola Sepak Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1, iaitu perlawanan antara Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota dengan Sekolah Rendah Chung Hwa. Tahniah kepada Mohd. Khairani (Tahun 6) yang telah mendapatkan satu mata bagi pasukan kita di saat-saat terakhir.

17 April 2010 (Sabtu): Sekali lagi pasukan bola SRPMM berjaya menewaskan lawannya, iaitu pasukan dari Sekolah Rendah Birau dengan jaringan satu gol yang telah dilakukan oleh Mohd. Afiq (Tahun 5). Tahniah kepada murid-murid kita, Cikgu Shahrin dan Cikgu Suhardi.

21 April 2010 (Rabu): Tahniah sekali lagi kepada pasukan bola SRPMM kerana menang dalam perlawanan bersama pasukan bola dari Sekolah Rendah Batang Mitus, iaitu dengan mata 2-0.

24 April 2010 (Sabtu):
Walaupun tewas kepada pasukan bola Sekolah Rendah Keriam, tahniah diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru yang terlibat kerana berjaya masuk ke perlawanan akhir. Tahniah kepada Awang Azmi (Tahun 6) yang telah terpilih sebagai pemain bola yang terbaik dalam Perlawanan Bola Sepak Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1. Syabas kepada pasukan bola SRPMM!