2 Julai 2011 (Sabtu): Guru-guru dan murid-murid melawat ke Kementerian Pembangunan sempena Hari Mesra Pelanggan yang bertema "Kesihatan Keselamatan Persekitaran".
4 Mei 2011 (Rabu): Kongsisama yang disampaikan oleh pihak UPK mengenai "Visual Strategies" bagi menangani murid-murid SENA dalam aktiviti seharian dan pembelajaran.
14 Feb 2011 (Isnin):Penyerahan bendera-bendera kecil kepada murid-murid sempena menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27. Bendera-bendera tersebut akan diletakkan di atas meja murid dan guru.
SR PM Mahkota ini terletak di Kg. Penabai, Kuala Tutong. Ianya dibina pada tahun 1961 dengan nama SR Melayu Kuala Tutong dan mula digunakan pada 21 Mei 1962, yang di rasmikan oleh Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saa'dul Khairi Waddien. Pada tahun 1980, sekolah ini dibina semula dan digunakan pada 7 April 1980 hinggalah sekarang. Guru besar pertama SRPMM ialah Cikgu Moksin Bin Ahmad. Guru besar sekarang ialah Cikgu Mohamad Bin Haji Mohamad Sa'at.
Moto: Berinisiatif+Berdedikasi+Berilmu Misi: Menyediakan pendidikan yang seimbang serta sokongan profesional yang berkualiti ke arah pendidikan yang berkesan. Visi: Sekolah berkesan melahirkan insan berkualiti.