18 Mac 2010 (Khamis): Sukan Ria diadakan pada hari terakhir sekolah sebelum cuti penggal pertama bermula. Semua warga sekolah bergembira dan aktif melibatkan diri dalam acara-acara yang telah disediakan. Bermula dengan senam robik, guru-guru dan murid-murid kemudiannya berjalan menuju ke Pantai Seri Kenangan. Alhamdulillah cuaca cukup mengizinkan untuk strolling di tepi pantai. Setelah kembali ke dewan sekolah, pertandingan bagi rumah-rumah (Hijau, Kuning dan Merah) diadakan. Murid-murid dan guru-guru juga terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan. Pemenang pertama dimenangi oleh Rumah Kuning, diikuti oleh Rumah Merah dan Rumah Hijau. Bagi memeriahkan lagi Sukan Ria tahun ini, acara cabutan bertuah diadakan. Setelah berakhirnya acara, murid-murid dan guru-guru berkempen membersihkan kelas dan kawasan sekolah.
fry1
1 year ago