Wednesday, March 17, 2010

Pertandingan Melukis


16 Mac 2010 (Selasa): Sempena memperingati Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, pertandingan melukis telah diadakan di dalam dewan sekolah yang dilaksanakan oleh Cikgu Dk. Siti Khadijah. Murid rendah bawah di arahkan untuk melukis dan mewarnakan bendera Negara Brunei Darussalam, manakala murid rendah atas diarahkan untuk melukis dan mewarnakan sebuah masjid. Selain daripada memperingati Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran melukis murid dan memberi murid peluang untuk berbincang dan berkongsi pendapat sesama sendiri, sekaligus merapatkan lagi hubungan murid sesama murid.


Murid-murid Tahun 1 sedang asyik mewarna


Murid-murid Tahun 3


Murid-murid Tahun 4


Murid-murid Tahun 5 berbincang bagaimana hendak melukis sebuah masjid

No comments:

Post a Comment